Kelas Asas MS Excel & Ulangkaji Bahasa Inggeris Secara Atas Talian

17 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2021, PIK Bogag telah menjalankan kelas asas MS Excel & ulangkaji Bahasa Inggeris secara atas talian. Kelas ini telah disertai seramai 4 orang pelajar Sekolah Rendah. Para pelajar telah diperkenalkan kepada MS Excel dan cara asas menggunakannya. Para peserta turut diberi latihan membuat jadual mudah menggunakan MS Excel untuk memastikan mereka tahu cara asas mengisi data ke dalam worksheet excel.

Selain daripada itu, mereka juga turut diperkenalkan kepada laman web pembelajaran Bahasa Inggeris secara atas talian iaitu www.esolcourses.com. Melalui laman web ini mereka diberikan peluang menjawab pelbagai soalan kuiz untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris secara atas talian. Kelas ini antara lain bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan peserta.

Kelas ini dijalankan bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali