Sesi Ulangkaji Secara Dalam Talian Melalui Quizizz.com

15 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 December 2021, PEDi Bogag telah mengambil inisiatif menjalankan sesi ulangkaji pelajaran secara dalam talian melalui laman Quizizz.com bersama empat orang pengunjung PEDi Bogag.

Pada sesi ini, peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah diperkenalkan dengan laman pembelajaran secara dalam talian iaitu Quizizz.com. Peserta telah diajar cara mengakses set soalan kuiz untuk tujuan membuat ulangkaji dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Dalam sesi kali ini, peserta diminta membuat ulangkaji bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan memfokus kepada Tatabahasa.

Sesi ulangkaji ini yang dijalankan selama sejam bermula dari pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali