Kelas Memahami Penggunaan WhatsApp Web & eLearning

9 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2021, PIK Bogag telah membantu seorang pelajar Sekolah Menengah untuk memahami penggunaan WhatsApp Web & eLearning. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mengakses WhatsApp melalui laman web dan cara menghantar pesanan serta lampiran melalui laman web.

Selain daripada itu, peserta juga diajar cara untuk mengakses laman persidangan Zoom untuk memudahkan beliau mengikuti kelas yang dijalankan secara PdPR di masa akan datang. Peserta turut diajar cara menggunakan Kahoot.it untuk menjawab soalan kuiz ketika kelas PdPR beliau sedang berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali