Kelas E-Learning & KDB Menggunakan Aplikasi Zoom

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas yang dijalankan selama dua jam setengah ini telah disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah Rendah. Para peserta diperkenalkan kepada aplikasi Zoom yang merupakan aplikasi video conference yang akan digunakan oleh Pusat Internet Bogag untuk mengendalikan kursus atau latihan ICT yang akan diadakan sepanjang musim PKPP ini sebagai norma baharu dan langkah pencegahan penularan Covid-19. Peserta diajar cara asas untuk menyertai zoom meeting, diperkenalkan dengan butang-butang asas untuk menukar latar belakang video, menghantar emoji, serta cara berkongsi skrin paparan dan banyak lagi.

Para peserta seterusnya diberikan latihan ulangkaji melalui kuiz atas talian untuk pelbagai matapelajaran melalui laman www.quizizz.com. Bagi memastikan para peserta terus bertanggungjawab, berwaspada dan menjaga keselamatan mereka ketika melayari internet, mereka turut diberikan taklimat dan tayangan video KDB untuk topik ‘kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong’ agar mereka lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat dan menyampaikan pendapat di media sosial. Kelas ini dijalankan pada hari Jumaat bermula dari pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali