Kelas Asas MS Word – Bentuk

2 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word ini telah diadakan pada 1 Oktober 2020, hari Khamis bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, peserta mempelajari cara memasukkan bentuk (shape) ke dalam MS Word. Selain itu, peserta juga mempelajari cara untuk memformat bentuk dengan mengubah warna isian (fill color), warna garisan luar (outline color), gaya bentuk (shape sytle), dan kesan bentuk (shape effects).

Akhir sekali, peserta diberikan latihan kendiri iaitu merekabentuk rumah dan latar belakang rumah menggunakan koleksi bentuk dalam MS Word. Kelas yang dijalankan selama 3 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali