Kelas Asas ICT, MS Word & e-Learning

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas asas ICT, MS Word & e-Learning ini telah disertai seorang pelajar Darjah 2 Sekolah Kebangsaan Jagoi. Dalam sesi ini, peserta diajar cara menggunakan enjin carian google untuk mencari maklumat dari internet serta cara menyimpan data yang diambil dari internet ke dalam komputer. Peserta turut diperkenalkan dengan MS Word untuk belajar asas menaip dokumen. Selain daripada itu, peserta turut diperkenalkan dengan laman pembelajaran atas talian iaitu quizizz.com dan diberi peluang menjawab soalan kuiz pelbagai matapelajaran. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 2 petang dan tamat pada pukul 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali