Kelas Asas ICT & Asas MS Word

18 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2020, PIK Bogag telah menjalankan Kelas asas ICT & asas MS Word. Kelas ini disertai seorang peserta yang baru mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Komuniti Bogag. Peserta yang merupakan seorang surirumah tangga ini telah diperkenalkan kepada komponen asas kamputer dan fungsi-fungsinya untuk memudahkan kehidupan manusia. Pengetahuan peserta berkenaan topik tersebut kemudiannya diuji melalui kuiz secara atas talian melalui laman quizizz.com.

Peserta seterusnya diperkenalkan kepada MS Word yang digunakan untuk menaip dokumen. Peserta diperkenlkan dengan pelbagai templates yang boleh dipilih untuk digunakan. Peserta turut diberi tunjuk ajar berkenaan tab menu dan ribbons yang ada dalam MS Word sebelum kemudiannya diberikan latihan menaip dokumen untuk meningkatkan penguasaan mereka. Kelas yang dijalankan bermula dari pukul 9 pagi itu berakhir pada pukul 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali