Kelas Asas ICT & MS Word

7 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2020, PI Bogag telah menjalankan Kelas asas ICT & MS Word. Kelas ini disertai seramai 5 orang peserta dimana 4 orang daripada mereka merupakan peserta yang baru mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Komuniti Bogag. Peserta diperkenalkan kepada komponen asas kamputer dan fungsi-fungsinya untuk memudahkan tugasan seharian. Pemahaman peserta kemudiannya diuji melalui kuiz berkaitan komponen asas ICT secara atas talian melalui laman quizizz.com.

Peserta seterusnya diperkenalkan dengan MS Word yang digunakan untuk menaip dokumen. Mereka diberi tunjuk ajar berkenaan ribbon & tools yang ada dalam MS Word sebelum kemudiannya diberikan latihan menaip dokumen untuk meningkatkan penguasaan mereka. Kelas yang dijalankan bermula dari pukul 3 petang itu berakhir pada pukul 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali