Kelas Microsoft Word bersama pelajar Sekolah Menengah

22 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word ini telah disertai oleh seorang pelajar Tingkatan 6 Rendah. Beliau telah diajar cara asas menghasilkan carta organisasi yang mudah dan kemas menggunakan MS-Word. Beliau diperkenalkan dengan ribbon-ribbon asas MS-Word dan teknik yang perlu digunakan untuk menghasilkan carta organisasi yang betul. Seterusnya beliau diberikan latihan menghasilkan carta organisasi untuk memastikan beliau mampu menggunakan MS-Word dengan baik untuk tugasan harian beliau yang akan datang. Kelas ini dijalankan pada hari Selasa bermula dari pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali