Pengenalan kepada laman WhatsApp web

10 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Menengah. Mereka diperkenalkan kepada laman WhatsApp Web melalui laman web.whatsapp.com. Peserta yang baru pertama kali menggunakan laman web ini telah diajar cara asas menggunakan WhatsApp web dari cara mengakses dengan mengimbas kod bar kepada cara menggunakan butang penting untuk menghantar dokumen kepada pengguna lain sehinggalah cara log keluar dari laman tersebut. Selain itu, peserta turut diajar cara menyimpan dokumen dari komputer ke dalam telefon pintar mereka. Kelas ini dijalankan pada hari Ahad bermula dari pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali