Kelas MS Word (Jadual) & Pembelajaran Atas Talian (Quizizz)

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas MS Word (Jadual) & Pembelajaran Atas Talian (Quizizz) ini telah diadakan pada 14 Februari 2020, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Serasot. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS Word dan juga ribbon-ribbon MS Word beserta fungsinya. Mereka telah diberi tunjuk ajar membuat jadual dan memasukkan teks dan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam jadual tersebut. Selain itu, mereka juga mempelajari cara untuk memformat dan mengedit teks dan jadual yang dihasilkan.

Disamping itu, para peserta diperkenalkan kepada laman web quizizz.com dimana mereka boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian. Dalam sesi ini, para peserta berpeluang untuk menjawab soalan kuiz untuk pelbagai subjek matapelajaran sekolah rendah yang terdapat dalam laman web tersebut. Kelas yang berlangsung selama 3 jam ini bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali