Kuiz Atas Talian (Quizizz) dan Kempen KDB, CYL & E-Sisa

28 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Kuiz Atas Talian (Quizizz) dan Kempen KDB, CYL & E-Sisa ini telah diadakan pada 27 Jun 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz untuk pelbagai subjek matapelajaran secara atas talian melalui laman web quizizz.com. Melalui kelas ini, para peserta berpeluang untuk membuat ulangkaji pelajaran.

Selain itu, taklimat ringkas berkaitan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB), Check Your Label (CYL) dan E-Sisa turut dijalankan. Selepas itu, kuiz berkaitan kempen-kempen tersebut diadakan secara atas talian bagi menguji dan meningkatkan pemahaman mereka. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi ini telah dihadiri seramai 5 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali