Kuiz Atas Talian (Quizizz)

11 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kuiz atas talian (Quizizz) ini telah diadakan pada hari Jumaat, 10 Julai 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag. Kuiz atas talian ini merangkumi pelbagai subjek pelajaran sekolah rendah yang dijalankan melalui laman web quizizz.com. Melalui kuiz ini, para peserta diharap akan lebih berminat untuk menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Kelas yang berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 1.00 petang dan tamat pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali