Kelas Asas MS PowerPoint

16 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS PowerPoint ini telah diadakan pada 15 Oktober 2020, bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada MS PowerPoint. Peserta juga diajar dan diterangkan tentang fungsi ribbon yang terdapat pada MS PowerPoint. Selain itu, peserta turut diberi tunjuk ajar untuk menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik menggunakan ribbon MS PowerPoint.

Disamping itu, peserta turut diberikan tugasan untuk menghasilkan slaid pembentangan bagi menguji tahap pemahamam peserta disamping meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan MS Power Point. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh seorang pelajar Tahun 6. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali