Kelas MS PowerPoint – Membuat Peta Minda

29 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint ini telah diadakan pada 28 Oktober 2020, hari Rabu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada Perintah SmartArt dan Shapes dalam kumpulan Illustrations yang terdapat pada Insert tab. Selepas itu, peserta diajar cara membuat Peta Minda menggunakan perintah SmartArt dan Shapes dalam MS PowerPoint. Akhir sekali, peserta diberi tugasan membuat Peta Minda berkaitan topik Daya yang terdapat dalam matapelajaran Sains Tahun 6. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh seorang pelajar tahun 6. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali