Kelas Ms PowerPoint, Klik Dengan Bijak & e-learning

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Ms PowerPoint, Klik Dengan Bijak & e-learning ini telah dijalankan pada hari Sabtu bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari dan disertai oleh tiga orang pelajar Sekolah Rendah dan seorang pelajar Tingkatan 1. Sebelum kelas Ms PowerPoint dimulakan tenaga pengajar telah memberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak berkenaan topik prinsip Rukun Negara kepada para peserta.

Seterusnya para peserta diberikan tugasan untuk membuat slaid pembentangan berkaitan dengan topik tersebut untuk meningkatkan pemahaman peserta disamping memperkukuhkan kemahiran peserta menggunakan Ms PowerPoint. Para peserta berpeluang untuk memilih jenis design, memasukkan animasi dan transisi dalam slaid pembentangan mereka masing-masing. Para peserta yang sudah mula kembali ke sekolah turut diberikan latihan ulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik melalui laman kuiz atas talian iaitu quizizz.com. Kuiz ini diberikan bertujuan untuk meningkatan prestasi pembelajaran peserta disamping memperkenlkan cara pembelajaran masa kini yang menarik dan menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali