Kelas Asas ICT & Ms PowerPoint

14 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT & Ms Power Point ini telah dijalankan pada hari Isnin bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari dan disertai oleh seorang pelajar Lepasan SPM. Peserta pada mulanya diajar cara asas menggunakan enjin carian google untuk mencari maklumat dari internet serta cara menyimpan maklumat dari internet ke desktop dan pendrive.

Peserta kemudiannya diperkenalkan dengan Ms PowerPoint dan didedahkan dengan ribbon-ribbon penting Ms PowerPoint. Peserta turut diberikan latihan untuk menghasilkan slaid pembentangan yang ringkas dan menarik dengan memasukkan animasi, transisi dan elemen lain ke dalam slaid pembentangan beliau. Peserta yang baru pertama kali menggunakan Ms PowerPoint turut diberi peluang untuk membuat pembentangan ringkas hasil kerja beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali