Kelas MS PowerPoint, Pembelajaran Atas Talian & Kempen KDB

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2020 (Jumaat), Pusat Internet (PI) Bogag telah mengadakan Kelas MS PowerPoint, Pembelajaran Atas Talian dan Kempen KDB bersama pelajar sekolah rendah yang bertempat di PI Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS PowerPoint. Mereka diajar dan diterangkan tentang fungsi ribbon yang terdapat pada MS PowerPoint. Selain itu, mereka turut diberi tunjuk ajar untuk menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik menggunakan ribbon MS PowerPoint. Mereka turut diberikan tugasan untuk menghasilkan slaid pembentangan bertemakan Tempat-tempat Menarik di Malaysia bagi menguji pemahaman mereka.

Selepas itu, para peserta juga diperkenalkan kepada laman web quizizz.com dimana mereka boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian. Dalam sesi ini, mereka berpeluang untuk menjawab soalan kuiz untuk pelbagai subjek pelajaran sekolah rendah yang terdapat dalam laman web tersebut. Akhir sekali, taklimat ringkas dan kuiz berkaitan topik Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu Buli Siber diadakan bagi mendidik mereka tentang apa itu buli siber, kesan dan bahaya buli siber dan juga cara untuk mencegah serta menangani buli siber. Melalui taklimat ini, para peserta diharap akan lebih bersikap positif, berwaspada dan bertanggungjawab ketika melayari internet. Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini bermula pada pukul 1.00 petang ini telah dihadiri seramai 8 orang pelajar. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali