Program bicara santai Klik Dengan Bijak Maklumat Palsu dan Oversharing oleh Pusat Internet Komuniti Daerah Bau secara Live

31 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Program bicara santai KDB ini merupakan program anjuran bersama oleh PIK Daerah Bau dan dijalankan secara Live Streamyard. Program kali ini memfokus kepada 2 topik utama iaitu Maklumat Palsu & Oversharing. Program ini dijalankan antara lain bertujuan untuk melahirkan pengguna internet yang beretika serta bijak dan sentiasa berwaspada, bertanggungjawab dan mampu menjaga keselamatan sendiri ketika melayari internet.

Dengan adanya program kesedaran sebegini, diharap dapat mendidik para pengguna internet agar sentiasa berhati-hati dengan apa yang dikongsikan di media sosial serta tidak terlebih kongsi maklumat yang tidak sepatutnya di alam maya. Program yang dijalankan pada 30 Oktober 2020 bermula pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali