Norma Baharu di Pusat Internet Bogag

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet (PI) Bogag yang beralamat di Kampung Bogag, Bau Sarawak berfungsi untuk memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan. Selain itu, PI juga menyediakan perkhidmatan lain seperti fotokopi, mencetak, laminate dan scan dengan harga yang berpatutan. Untuk menjadi ahli PI, pengguna hanya perlu mendaftar dengan bayaran serendah RM5 sahaja. PI juga turut menawarkan Latihan ICT kepada ahli Pusat Internet. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan kelas yang akan dijalankan, pengguna boleh berkunjung ke PI Bogag atau lawati laman Facebook PI Bogag.

Pelajar IPTA/IPTS yang menghadapi kesukaran untuk mengakses internet (Open & Distance Learning - ODL) ketika ini juga dialu-alukan berkunjung ke PI Bogag. Disamping itu, pihak PI Bogag juga turut mempraktikkan SOP New Normal pandemik Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga bagi penularan wabak Covid-19. Pengguna Pusat Internet wajib memakai pelitup muka, mempraktikkan penjarakan sosial 1 meter ketika berada dalam Pusat Internet, mengisi maklumat kehadiran pengguna atau mengimbas QR kod MySejahtera dan cek suhu, penggunaan pembasmi kuman dan penggunaan komputer terhad kepada 10 orang pengguna pada satu-satu masa.

PI juga menjemput komuniti setempat agar mengikuti PI Bogag di media sosial untuk maklumat terkini.

Facebook : https://www.facebook.com/pikgbogag
Instagram : pikgbogag

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali