Kelas MS PowerPoint

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint ini telah dijalankan pada Sabtu, 3 Oktober 2020. Kelas yang bermula pada pukul 2 petang ini berakhir pada pukul 4 petang. Kelas ini telah disertai seorang pelajar Tingkatan 3 SMK Lake. Beliau diperkenalkan kepada MS PowerPoint dan asas kegunaannya untuk membuat slaid pembentangan yang mudah dan menarik.

Peserta diperkenalkan kepada butang penting MS PowerPoint serta turut diberi latihan menyiapkan slaid pembentangan untuk memastikan beliau mampu menggunakan MS PowerPoint dengan baik. Sebelum kelas berakhir peserta turut diajar cara menyimpan (save) slaid pembentangan dalam bentuk gambar(JPEG). Kelas ini diharap dapat memudahkan beliau menyiapkan tugasan harian dan sekolah beliau di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali