Program Jelajah Klik Dengan Bijak (KDB) & Advokasi SK Simpang Kuda

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2020 (Jumaat), satu program Jelajah Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Simpang Kuda, Bau. Program ini merupakan program kerjasama antara Pusat Internet (PI) Daerah Bau yang terdiri daripada PI Bogag, PI Krokong, PI Skio dan PI Tanjung Bowang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendidik para peserta tentang panduan keselamatan melayari internet agar mereka lebih berwaspada dan bertanggungjawab ketika melayari internet. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta tentang cara-cara melupuskan peralatan-peralatan elektrik dan elektronik yang sudah tamat jangka hayatnya dengan betul dan berhemah.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah ceramah berkaitan Maklumat Palsu, Oversharing, Buli Siber, E-Sisa, Kuiz KDB, Permainan KDB ‘Action Kamen dan ‘Copy Paste’ serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program yang berlangsung selama 4 jam bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari ini telah dihadiri seramai 112 orang peserta. Terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program ini terutama Guru Besar, Guru-guru serta pelajar Tahun 4, 5 dan 6 SK Simpang Kuda. Semoga semua mendapat manfaat daripada program ini dan menjadi pengguna internet yang lebih bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali