Kelas Asas Infografik Dalam MS PowerPoint Secara Live

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2020, PI Bogag telah menjalankan kelas asas infografik dalam MS PowerPoint secara Live melalui Streamyard. Kelas ini disertai oleh seramai empat orang pelajar di PI Bogag dan juga boleh diakses oleh umum secara Live menerusi Facebook Page PI Bogag. Para peserta diajar cara asas menghasilkan infografik dalam slaid pembentangan MS PowerPoint mereka.

Penggunaan infografik amat menarik kerana menggabungkan kekuatan diantara reka bentuk grafik dan informasi untuk berkomunikasi atau menyampaikan mesej dengan cara yang paling berkuasa kepada semua golongan sasar. Selain daripada itu, para peserta juga turut diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dibawah topik Rukun Negara menggunakan slaid infografik yang telah dihasilkan. Kelas yang dijalankan secara Live bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 3 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali