Kelas Asas ICT & Asas Infografik dalam MS PowerPoint

4 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2020, PI Bogag telah menjalankan Kelas asas ICT & asas infografik dalam MS PowerPoint. Kelas yang dihadiri oleh seorang peserta ini telah dijalankan bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang. Dalam sesi ini peserta diajar cara asas mencari maklumat menggunakan enjin carian google search.

Peserta turut diajar cara menyimpan maklumat yang diperoleh dari internet ke dalam dokumen MS Word sebelum dicetak. Peserta kemudiannya diajar cara menghasilkan slaid pembentangan infografik yang menarik dan ringkas. Ribbon penting yang digunakan seperti shapes dan animation telah diperkenalkan kepada peserta. Peserta diberikan latihan secara praktikal untuk memastikan beliau mampu menghasilkan infografik di kemudian hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali