Sesi Penyampaian Hadiah Merdeka 2020

2 November 2020 | Aktiviti Terkini

Sesi Penyampaian Hadiah Merdeka 2020 ini telah diadakan pada 1 November 2020, hari Ahad bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Sesi Penyampaian Hadiah Merdeka 2020 ini diadakan bagi menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta yang telah menyertai pertandingan Video atau TikTok bertemakan 'Penghayatan Kemerdekaan Dalam Norma Baharu' anjuran Pusat Internet Komuniti Bogag sempena Bulan Kemerdekaan yang ke-63 Tahun ini.

Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki menghasilkan video atau tiktok yang berunsurkan kemerdekaan dan tiada unsur politik atau mana-mana yang menyalahi syarat-syarat pertandingan. Pertandingan mencipta video kemerdekaan ini boleh dihasilkan secara individu atau berkumpulan. Durasi masa yang ditetapkan hanya 1- 2 minit sahaja. Selain itu, para peserta juga dikehendaki memuat naik video ke dalam akaun facebook mereka. Video yang mendapat jumlah 'like' yang terbanyak dan juga memenuhi syarat-syarat pertandingan.akan dipilih sebagai pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali