Kelas Asas Membuka Akaun Gmail

25 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas asas membuka akaun email Gmail ini telah diadakan pada hari Isnin bermula dari pukul 2 hingga 3 petang. Dalam sesi ini, peserta diberikan pengenalan tentang apa itu Gmail dan cara membuka akaun email untuk memudahkan urusan menghantar tugasan beliau secara atas talian di kemudian hari. Peserta turut diberi peluang untuk belajar cara menghantar email serta menukar gambar profil pada akaun beliau. Selain itu, peserta turut diajar cara mengakses akaun email pada telefon pintar beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali