Kelas MS Word, Kempen KDB & ESL (English as a Second Language) Games

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas MS Word, Kempen KDB dan ESL (English as a Second Language) Games ini telah diadakan pada hari Jumaat, 17 Januari 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari penggunaan asas MS Word. Mereka telah diberi latihan menaip petikan pendek berkenaan topik Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu Tidak Pasti Jangan Kongsi.

Tujuan latihan ini diberi adalah untuk mengukuh dan meningkatkan kemahiran dan tahap penguasaan MS Word para peserta disamping dapat mendidik mereka agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih. Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada laman web www.eslgamesplus.com yang boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran Bahasa English secara atas talian melalui aktiviti dan permainan yang menyeronokkan. Kelas yang berlangsung selama 4 jam bermula pada pukul 1.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali