Program santai bicara Klik Dengan Bijak cybergrooming dan penipuan kewangan bersama Pusat Internet Komuniti Daerah Bau secara Live

9 November 2020 | Aktiviti Terkini

Program bicara santai KDB ini merupakan program anjuran bersama oleh PIK Daerah Bau dan dijalankan secara Live StreamYard melalui FB page MenarikDiBau. Program kali ini memfokus kepada 2 topik utama iaitu cybergrooming & penipuan kewangan. Program ini dijalankan antara lain bertujuan untuk melahirkan pengguna internet yang beretika serta bijak dan sentiasa berwaspada, bertanggungjawab dan mampu menjaga keselamatan sendiri ketika melayari internet.

Dengan adanya program kesedaran sebegini, diharap dapat mendidik para pengguna internet agar sentiasa berhati-hati dengan apa yang dikongsikan di media sosial serta bijak membuat kesimpulan agar tidak menjadi mangsa jenayah siber. Program yang dijalankan pada 8 November 2020 bermula pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali