Kelas Latihan Menaip (MS Word), KDB (Buli Siber) & Kuiz Atas Talian (Quizizz)

13 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Latihan Menaip (MS Word), KDB (Buli Siber) dan Kuiz Atas Talian (Quizizz) ini telah diadakan pada hari Ahad, 12 Julai 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diberi latihan menaip petikan berkaitan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu Berita Palsu menggunakan Microsoft Word. Sebelum memulakan sesi latihan menaip, para peserta diberi penerangan berkaitan tujuan penggunaan Microsoft Word dan fungsi-fungsi ribbon yang terdapat dalam Microsoft Word.

Selain itu, mereka turut dididik tentang Kempen KDB dan juga topik Berita Palsu. Melalui sesi latihan menaip ini, para peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan menaip serta tahap penggunaan Microsoft Word disamping mempelajari tentang kepentingan menggunakan internet dengan bijak agar tidak menyebarkan berita palsu. Selepas itu, sesi kuiz atas talian yang merangkumi pelbagai subjek pelajaran dijalankan melalui laman web quizizz.com. Melalui kuiz ini, para peserta diharap akan lebih berminat untuk menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Kelas yang berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali