Kelas Asas MS PowerPoint dan Advokasi Check Your Label (CYL)

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS PowerPoint dan Advokasi Check Your Label (CYL) ini telah diadakan pada hari Sabtu, 5 Disember 2020 bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.

Dalam kelas ini, peserta mempelajari asas menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik menggunakan MS PowerPoint. Peserta mempelajari cara memasukkan slaid baru, bentuk, jadual, gambar dan teks.

Selepas itu, advokasi Check Your Label (CYL) turut diadakan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Disamping itu, peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada pukul 5 petang ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali