Mencipta Kad Krismas menggunakan CANVA dan Kuiz Atas Talian

20 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Mencipta Kad Krismas menggunakan CANVA dan Kuiz Atas Talian ini telah diadakan pada 19 Disember 2020, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform reka bentuk grafik iaitu CANVA (www.canva.com). Seterusnya, mereka diberi tunjuk ajar cara untuk mencipta kad krismas yang mudah dan cantik secara atas talian menggunakan CANVA. Setelah menyiapkan kad krismas mereka, para peserta diajar cara untuk memuat turun dan menyimpan kad tersebut ke dalam komputer.

Selepas itu, kelas diteruskan dengan sesi menjawab soalan kuiz untuk matapelajaran matematik dan sains yang diadakan secara atas talian melalui laman web kahoot.com.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 11 pagi dan tamat pada pukul 1 tengahari ini telah dihadiri oleh seramai 4 orang pelajar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali