Kelas Asas ICT & Asas MS Word

15 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2020, PIK Bogag telah menjalankan Kelas asas ICT & asas MS Word. Kelas ini disertai 2 orang peserta.. Peserta yang merupakan pelajar Sekolah Rendah telah diperkenalkan kepada komponen asas internet dan cara mencari maklumat menggunakan enjin carian google search dengan betul serta cara menyimpan (save) maklumat yang diperlukan ke dalam komputer.

Peserta kemudiannya diperkenalkan kepada interface MS Word serta kegunaan menu bar & ribbon penting dalam MS Word. Peserta turut menggunakan dokumen kerja MS Word dan diberikan tugasan untuk memasukkan gambar (insert picture) yang diperoleh di internet ke dalam dokumen MS Word mereka. Bagi memastikan tugasan mereka tidak hilang, peserta juga diajar cara menyimpan (save) dokumen MS Word mereka ke dalam komputer.

Kelas yang dijalankan bermula dari pukul 2petang itu berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali