Kuiz Atas Talian (Matematik)

13 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kuiz atas talian bagi matapelajaran Matematik ini telah diadakan pada 12 Disember 2020, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.

Kuiz ini telah dijalankan secara atas talian melalui laman web quizizz.com. Melalui kuiz ini, para peserta berpeluang untuk membuat ulangkaji matapelajaran Matematik dengan mudah dan menyeronokkan.

Kuiz yang berlangsung selama 1 jam bermula pukul 2 petang dan tamat pada pukul 3 petang ini telah dihadiri oleh 5 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali