Kelas Asas MS PowerPoint dan Kuiz Atas Talian

7 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS PowerPoint dan Kuiz Atas Talian ini telah diadakan pada hari Ahad, 6 Disember 2020 bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.

Kelas Asas MS PowerPoint ini merupakan kesinambungan dari kelas sebelum ini yang telah diadakan pada 5 Disember 2020. Pada kelas kali ini, peserta mempelajari tentang tab design, transitions, animations dan slide show yang terdapat pada MS PowerPoint. Selain itu, mereka juga mempelajari cara untuk memasukkan hyperlink ke dalam slaid.

Selain itu, peserta turut diberikan tugasan menghasilkan slaid pembentangan yang bertemakan ‘Ini Kisah Saya’ dimana peserta menceritakan serba sedikit mengenai diri mereka sendiri. Sesudah menyiapkan tugasan tersebut, peserta diminta untuk membentangkan hasil tugasan mereka.

Selepas itu, peserta membuat ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz bagi matapelajaran Bahasa Melayu secara atas talian melalui laman web quizizz.com.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2 petang dan tamat pada pukul 4 petang ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali