Bengkel SmartICT Bersama Ketua Masyarakat Daerah Bau – Zon Singai

7 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel SmartICT ini telah dijalankan pada hari Isnin, 6 Mei 2019 bersama Ketua Masyarakat Daerah Bau (Zon Singai) bertempat di Pusat Internet Tanjung Bowang. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Antara pihak yang turut sama membantu menjayakan bengkel tersebut adalah Pusat Internet Serasot dan Pusat Internet Tanjung Bowang.

Berikut adalah modul pembelajaran:
1) Microsoft Office Word

  • Pengenalan kepada MS Office Word
  • Mempelajari asas penggunaan perisian
  • Kaedah menaip yang betul
  • Membuat Surat Rasmi/Minit Mesyuarat
  • Penggunaan serta penerangan mengenai setiap Toolbar / Ribbon yang ada pada perisian MS Office Word
  • Kaedah penyusunan isi kandungan dalam dokumen
  • Tugasan Menghasilkan Surat Rasmi

2) Microsoft PowerPoint

  • Pengenalan kepada MS Office PowerPoint
  • Mempelajari asas penggunaan perisian
  • Kaedah penggunaan Toolbar / Ribbon
  • Memasukkan data
  • Penyusunan isi kandungan
  • Tugasan menghasilkan slaid pembentangan bertemakan ‘Tempat Menarik di Kampung’
  • Pembentangan Hasil Tugasan

Bengkel yang dijalankan terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali