eKelas Penggal 2 Minggu 20

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 20 ini telah diadakan pada 2 dan 3 Ogos 2019 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu dan bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag.

Minggu ini merupakan minggu ulangkaji bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang diadakan secara Live Tutorial bersama guru eKelas. Dalam sesi ulangkaji ini, para peserta didedahkan kepada model kertas soalan peperiksaan sebenar dan diberi tunjuk ajar cara untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut. Mereka turut didedahkan kepada Learning Port dimana mereka boleh membuat ulangkaji dengan mengakses nota-nota bagi subjek-subjek yang dipelajari di sekolah. Selain itu, peserta turut diberi tugasan yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang subjek yang dipelajari.

Disamping itu, Ujian Penilaian Atas-Talian (Online Assessment) untuk subjek Matematik dan Sains telah dijalankan bagi pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 sahaja dimana mereka perlu menjawab soalan-soalan bagi subjek-subjek tersebut melalui portal eKelas, iaitu ekelas.com.my.

Sesi eKelas pada minggu ini telah disertai oleh seramai 14 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali