Kelas Mencipta Akaun E-Mel & Penyuntingan Video Pendek

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Mencipta Akaun e-Mel dan Penyuntingan Video pendek ini telah diadakan pada hari Jumaat, 15 Mac 2019. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara membuat akaun e-mel melalui Gmail. Mereka turut mempelajari cara untuk menggunakan akaun e-mel tersebut. Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada perisian untuk menghasilkan video iaitu Wondershare Filmora.

Para peserta diberi tunjuk ajar tentang cara asas menyunting dan menghasilkan video yang mudah, menarik dan berkualiti. Selain itu, para peserta juga diajar tip-tips untuk menghasilkan video bagi tujuan mempromosikan sesuatu produk. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 4 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali