Kelas Menaip & e-Learning (Matematik)

18 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Menaip dan e-Learning (Matematik) ini telah diadakan pada hari Ahad, 17 Febuari 2019. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan dengan laman web belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com. Melalui laman web ini, para peserta berpeluang untuk melatih jari jemari mereka mengikut teknik menaip yang betul agar mampu menaip dengan pantas disamping dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka.

Setelah selesai latihan menaip, mereka diperkenalkan pula dengan laman web belajar matematik secara atas talian iaitu www.LatihTubiMatematik.com. Melalui laman web ini, para peserta berpeluang untuk mengulangkaji matapelajaran dan menjawab soalan matematik yang terdapat dalam laman web tersebut secara percuma. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali