Program Cuti Sekolah - Pertandingan ICT

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Program Cuti Sekolah ini telah diadakan pada hari Ahad, 15 Disember 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam program ini, pihak Pusat Internet (PI) Bogag telah mengadakan pertandingan ICT khas untuk ahli-ahli PI Bogag yang telah mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan oleh PI Bogag. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menguji pemahaman dan kemahiran ICT para peserta dalam topik-topik ICT yang telah diajar disamping menarik minat mereka terhadap penggunaan ICT dalam pelajaran mereka.

Antara pertandingan yang diadakan adalah:

  • Pertandingan Menaip Petikan menggunakan MS Word
  • Pertandingan Jigsaw Puzzle
  • Kuiz ICT Atas Talian
  • Kuiz Klik Dengan Bijak, e-Sisa & Check Your Label Atas Talian

Program ini telah diadakan selama 5 jam bermula pada pukul 12.00 tengahari dan tamat pada pukul 5.00 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 17 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali