Sesi Orientasi Portal eKelas (Minggu 2)

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 & 26 Januari 2019, sesi orientasi portal eKelas minggu kedua telah diadakan. Sesi ini antara lain bertujuan memastikan para peserta yang terdiri daripada pelajar darjah 6 sehingga Tingkatan 5 tahu cara menggunakan portal eKelas dengan betul. Untuk sesi kali ini, para pelajar berpeluang mengikuti Live Tutorial bersama guru untuk subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Para peserta diminta membentuk kumpulan masing-masing mengikut Subjek dan kelas sebagai persedian mengikuti sesi perbincangan dan eksperimen berkumpulan yang akan diadakan semasa sesi kelas-kelas yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali