Program Hari Terbuka PI Bogag 2019

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka Pusat Internet (PI) Bogag merupakan mini karnival tahunan yang diadakan untuk menghargai sokongan komuniti kepada PI Bogag disamping mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara kakitangan PI dan komuniti setempat. Program Hari Terbuka PI Bogag ini telah diadakan pada 23 Mac 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Pusat Internet Bogag. Sepanjang satu hari program berlangsung, pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik telah dijalankan antaranya Zumba, Pertandingan ICT Explorace, Pertandingan Penceritaan Digital, Pertandingan Kids Online Colouring, Kelas Keusahawanan membuat ‘Clutch Bag’ bermotifkan Sarawak, Pertandingan Sukaneka KDB, Pertandingan Kuiz Online dan Pertandingan Menaip Terpantas 'Keyboard Warrior'.

Selain itu, diadakan juga taklimat advokasi Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan E-Waste yang disampaikan oleh staf Pusat Internet. Dalam taklimat KDB ini, para pengunjung dididik tentang jenayah siber iaitu Scam dan juga Love Scam yang melibatkan penipuan kewangan agar mereka sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika melayari internet. Manakala bagi taklimat berkaitan E-Waste pula, para pengunjung dididik tentang cara melupuskan telefon rosak/lama dengan cara yang lebih selamat dengan memasukkan telefon tersebut ke dalam kotak E-Waste yang telah disediakan di Pusat Internet.

Sebelum berakhirnya program, acara Cabutan Tiket Bertuah serta sesi penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang turut diadakan. Program Hari Terbuka ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang. Jumlah pengunjung yang hadir adalah seramai 74 orang. Pihak PI Bogag amat berpuas hati dengan program Hari Terbuka ini. Sambutan dan sokongan yang diterima dari komuniti sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada para peserta dan pengunjung program Hari Terbuka yang telah datang memeriahkan program Hari Terbuka PI Bogag tahun ini. PI Bogag juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang merupakan wakil dari PI Krokong, PI Serasot, PI Sibuluh, PI Skio dan PI Tanjung Bowang yang telah datang membantu bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali