Kuiz Atas Talian bagi Pelajar Tahun 6 SK Jagoi

9 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kuiz Atas Talian bagi Pelajar Tahun 6 SK Jagoi ini telah diadakan pada hari Jumaat, 8 Mac 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag. Sesi kuiz ini telah diadakan secara atas talian melalui laman www.quizizz.com bagi meningkatkan pemahaman para peserta tentang subjek pembelajaran yang dipelajari di sekolah.

Disamping itu, sesi ini juga bertujuan untuk meningkatkan minat para peserta untuk menggunakan ICT bagi tujuan pembelajaran. Kelas yang berlangsung selama 1 jam bermula dari 4.00 petang ini dihadiri oleh seramai 14 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali