Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) & Kelas Pengukuhan MS Word

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Kelas Pengukuhan MS Word ini telah diadakan pada hari Jumaat, 21 Jun 2019. Dalam sesi pembelajaran kali ini, para peserta dididik tentang panduan keselamatan bermain permainan secara atas talian melalui taklimat KDB yang dijalankan. Selepas itu, para peserta diberi latihan menaip petikan berkaitan panduan keselamatan tersebut menggunakan MS Word mengikut format yang ditetapkan.

Latihan ini diberikan bertujuan untuk memantapkan lagi tahap penguasaan MS Word para peserta disamping meningkatkan kemahiran menaip mereka. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 1 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 6 orang pelajar. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali