Kelas Multimedia, e-Commerce & Kempen KDB bersama lepasan

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Multimedia, e-Commerce & Kempen KDB bersama lepasan SPM ini telah diadakan pada hari Jumaat, 26 April 2019. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada perisian MS Paint. Mereka telah diajar cara untuk asas mengedit gambar yang telah dimuaturun dari internet menggunakan perisian Microsoft Paint. Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada laman web membeli belah secara atas talian iaitu www.shopee.com.

Para peserta dapat mempelajari cara mencipta akaun Shopee termasuklah cara membeli serta membuat pembayaran secara atas talian. Akhir sekali, taklimat Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan topik Kawal Selia Kendiri diadakan bagi mendidik para peserta supaya sentiasa berwaspada, berhati-hati dan bertanggungjawab ketika melayari internet. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 5 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali