Kelas Ms Excel & keusahawanan bersama Lepasan SPM

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Januari 2019, kelas Microsoft Excel dan keusahawanan telah diadakan di PI Bogag untuk Lepasan SPM. Kelas yang disertai oleh 4 orang lepasan SPM ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.00 dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Antara topik yang disentuh termasuklah memperkenalkan peserta dengan hamparan (spreadsheet) Ms Excel. Peserta turut diperkenalkan dengan ribbon-ribbon penting MS excel dan fungsinya dalam menyiapkan hamparan kerja.

Latihan secara praktikal turut diberikan bagi memastikan peserta mengetahui asas penggunaan MS excel dengan baik. Selain itu, para peserta turut diberikan taklimat keusahawanan mengenai peluang bisnes sebagai agen simkad ToneWow. Pengenalan kepada peluang bisnes ini antara lain bertujuan memberikan idea kepada para lepasan SPM yang belum mempunyai pekerjaan untuk memulakan bisnes yang mudah dan berisiko rendah sekaligus memberikan sumber pendapatan untuk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali