Kelas Asas ICT, Keusahawanan & Kempen KDB bersama ahli PPWS Serasot

3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2019, PI Bogag dan PI Serasot telah berkerjasama menjalankan kelas asas ICT, keusahawanan & kempen KDB untuk ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) kampung Serasot. Antara topik yang disentuh termasuklah memperkenalkan peserta dengan komponen asas komputer dan fungsinya serta pengenalan kepada asas menggunakan Ms Word & Excel.

Peserta juga berpeluang menaip dokumen menggunakan Ms Word dan memasukkan data ke dalam hamparan kerja Ms Excel. Bagi meningkatkan kemahiran menaip para peserta, mereka juga diperkenalkan kepada laman touch typing yang mengajar mereka asas menaip. Selain itu, para peserta turut diberikan taklimat keusahawanan mengenai peluang bisnes sebagai agen simkad ToneWow.

Pengenalan kepada peluang bisnes ini antara lain bertujuan memberikan idea kepada para peserta yang berminat untuk memulakan bisnes yang mudah dan berisiko rendah sekaligus memberikan sumber pendapatan sampingan untuk mereka. Sebelum kelas tamat, para peserta diberikan taklimat KDB Penipuan Kewangan & Oversharing agar mereka lebih berwaspada ketika melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali