Sesi Penilaian eKelas Penggal 1

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi Penilaian eKelas Penggal 1 ini telah diadakan pada 15 dan 16 Mac 2019 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu dan bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag, dan telah dihadiri seramai 21 orang pelajar. Dalam sesi eKelas pada minggu ini, para peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 mengikuti sesi penilaian atau peperiksaan untuk subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik melalui Portal eKelas.

Sesi penilaian ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap pemahaman serta menilai prestasi para pelajar untuk setiap subjek berdasarkan modul-modul yang telah dipelajari dalam sesi eKelas yang telah diadakan pada minggu-minggu eKelas sebelum ini. Selain itu, hasil penilaian ini untuk juga akan digunakan untuk menyelaraskan peningkatan pengajaran, dan seterusnya untuk cikgu-cikgu mengetahui cara-cara untuk membantu para pelajar dengan lebih efektif lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali