Kelas e-Learning bersama Pelajar Tahun 6

23 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas e-Learning ini telah diadakan pada hari Jumaat, 22 Februari 2019. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada pembelajaran secara atas talian ataupun e-Learning. Mereka dididik tentang apa itu e-Learning serta kebaikannya. Melalui e-Learning, mereka boleh mengakses maklumat dan mengulangkaji pelajaran yang mereka perlu dan mengikut minat masing-masing secara percuma. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan pemahaman tentang subjek pembelajaran mereka.

Selepas itu, mereka diperkenalkan kepada laman web kahoot.com dan quizizz.com. Para peserta juga diberi peluang untuk mencuba menjawab soalan-soalan kuiz yang terdapat dalam laman web tersebut. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 1 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 14 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali