eKelas Penggal 2 Minggu 18

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 18 ini telah diadakan pada 19 dan 20 Julai 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag. Dalam kelas ini, para pelajar mempelajari topik-topik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang telah diadakan secara langsung (live tutorial) bersama guru eKelas yang bertauliah dan berpengalaman.

Selain itu, para peserta juga didedahkan kepada pembelajaran melalui Learning Port yang boleh diakses melalui portal ekelas.com.my dimana para pelajar boleh mengakses nota-nota serta menjawab soalan-soalan bagi matapelajaran-matapelajaran yang diajar di sekolah. Disamping itu, para peserta juga berpeluang untuk menjalankan tugasan berkumpulan bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang diajar. Seramai 5 orang pelajar telah menghadiri eKelas bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, dan 15 orang pelajar telah menghadiri eKelas bagi matapelajaran Matematik dan Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali