eKelas Penggal 1 Minggu 2

24 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 1 Minggu 2 ini telah diadakan pada 22 Februari 2019 (Jumaat) dan 23 Februari 2019 (Sabtu) bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag. eKelas merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang disediakan oleh Maxis bertujuan untuk memberikan pendidikan percuma secara atas talian kepada komuniti sekitar Pusat Internet. Sesi pembelajaran eKelas ini telah diadakan secara langsung (live tutorial) bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 bersama dengan guru-guru yang berkaliber dan berpengalaman dalam mengendalikan kelas tutorial secara maya.

Dalam eKelas ini, para pelajar telah melakukan aktiviti dan tugasan secara berkumpulan dan perlu memuat naik tugasan tersebut ke dalam portal eKelas untuk dinilai oleh guru-guru tersebut. eKelas ini telah diadakan dalam sesi yang berasingan bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 berdasarkan jadual yang telah disediakan. eKelas ini telah dihadiri seramai 34 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali